31 October 2015

Rileks Ok! Tak Semestinya Hari Ni Nak, Hari Ni Dapat

Assalamualaikum...

Apa khabar korang....selamat berhujung minggu. Sekejap lagi kena bersiap-siap ke Sime Darby Convention Center, ada majlis konvokesyen kolej untuk students PACE. Bulan April hari tu majlis konvokesyen untuk students yang full time, so hari ni untuk students part time. Aku pun tak faham kenapa mesti dibuat berasingan hehe.

Alhamdulillah sudah empat tahun bergelar pendidik....rasa macam baru je. Tak pernah terfikir pun untuk jadi pendidik tapi perancangan Allah SWT adalah yang terbaik. Tak perlu nak ulang kisahnya macam mana boleh jadi pendidik ni kan....aku dah pernah cerita kat dalam blog ni sebelum ni, jadi malas nak taip benda sama hahaha.

Apa yang aku nampak kat sini ialah Allah dah atur dah buat elok elok perjalanan hidup kita ke mana dan bila kita akan dapat. Kau stress macam nak mati sebab apa yang kau nak tapi belum dapat pun takde guna. Baik rileks dan cool fokus pada kerja, fokus pada apa yang ada depan mata, usaha betul-betul. Tak semestinya kita usaha hari ni esok kita dapat, mungkin tahun depan, mungkin lima tahun lagi....tapi kalau hari ni kau usaha, lepas tu tak dapat dalam tempoh yang kau nak, lepas tu putus asa macam mana Allah nak bagi. Allah menilai pada usaha kita, mungkin kita nak satu je tapi akhirnya dapat sampai tiga empat.

Kadangkala orang hairan tengok aku selalu gelak gelak sengeh sengeh, happy dan positif je kan. Haaaa jawapannya ada kat atas tu. Aku berkahwin masa umur aku 29 tahun, time tu dah ramai kawan-kawan rapat yang dah kahwin dan beranak pinak. Aku rileks! Selepas dah dua tahun lebih kahwin masih takde anak lagi. Aku rileks! Setitik pun air mata aku tak pernah keluar, buat apa aku nak menangis sedangkan orang lain lagi besar ujiannya, ada yang 10 tahun tunggu belum dapat. Apalah sangat aku yang baru dua tahun lebih ni.  

Aku tak pernah persoalkan kenapa aku nak anak tapi tak dapat, kenapa orang lain senang je dapat. Nikmat yang Allah bagi kat aku selama ni dah terlalu banyak, yessss terlalu banyak. Siapa kita nak persoalkan ketentuan Yang Maha Pencipta, kita ni hamba je tau. Aku sangat berpegang kepada sifat-sifat Allah, Allah Maha Mengetahui, Allah Maha Pemberi

Aku percaya sampai masanya Allah akan bagi anak kat aku....mungkin kembar hehehe...mana tau kan.

Jadi rileks ok, rileks! Kalau asyik dok fikir negatif, nak bersedih, nak stress, nak bad mood memang tak ke mana, rezeki nak dekat pun takut tau hehe. Ok nak bersiap dah kang lambat plak, bye!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails