02 January 2016

Bahagia Atau Derita Adalah Pilihan Kita

Assalamualaikum...

Kadangkala ada kawan facebook pm kat inbox dan ada juga yang komen di status....mereka tanya aku macam mana aku boleh positif je selalu. Okey la antara salah satu prinsip aku ialah 'my life is not to please everyone'. Aku buat apa yang aku suka, bukan yang orang lain suka...aku hidup dengan cara aku dan aku bahagia...

Orang tak pernah nampak aku mengeluh, bukannya sebab aku takde masalah. Ada tu siap cakap lagi "untung la kerja best tak pernah stress"..."untung la orang berduit tak payah fikir pasal kesusahan hidup"...dan pelbagai jenis untung lagi hahaaa...

Aku kan kontrol macho mana boleh mengeluh merungut kat depan orang hahaha...takde la! Ya Allah kerja apa yang tak stress...kadangkala aku pun ada stress juga dengan kerja...stress tahap nak pecah kepala. Tapi apa-apa hal kena bertenang, takde masalah yang tak dapat diselesaikan. Kalau kau resah gelisah dok serabut...agak-agak selesai tak masalah???? Kita manusia kan? Jadi kalau rasa diri tu manusia, kawal stress tu...jangan biarkan stress kawal kita, kalau tak habis la....

Berduit??? Orang tak pernah nampak aku mengeluh pasal kenaikan harga barang, jadi orang ingat aku berduit. Bukannya aku langsung tak mengeluh tak merungut...ada ada ye ada tapi sekali lalu je dan aku stop! Aku merungut macam mana sekalipun benda tu di luar kawalan aku, lebih baik aku fokus kat diri sendiri, fokus kepada perkara yang aku boleh kawal. Aku tak nak benda benda macam tu ganggu minda aku...i want to live my life happily haaa nampak speaking plak tengah tengah malam ni. Jadi bila aku happy aku boleh buat extra income dengan baik. 

Aku tak kaya tapi Dia sentiasa cukupkan....Alhamdulillah. Kena ingat masa susah atau senang, jangan lupa memberi...10 sen juga dikira sedekah....tak mampu sedekah duit, boleh sedekah ilmu, tak mampu juga boleh sedekah senyuman dan pertolongan. Orang yang memberi tidak pernah rugi. Selain tu amalkan juga amalan-amalan lain dalam menjemput rezeki. Percaya sepenuh hati....Allah sentiasa jaga kita...

Kesimpulannya dan senang ceritanya aku tak suka kusutkan kepala dengan benda benda yang tak perlu....sebabnya banyak lagi benda penting lain yang aku nak fikir dan nak buat. 

Ok sekian :)


6 comments:

  1. Betol betol, takkan semua benda kita nak zahirkan dan nak bg org nampak kan. Ya ALLAH memang terasa jugak kan akan kenaikan semua ni. Tapi sekadar mengeluh tak jadi apa jugak kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengeluh takde hasil...better fikir macam mana nak usaha cari income lebih kan...

      Delete
  2. salam Nik.. rindu kat Nik.. ni dapat baca celoteh Nik pun dah rasa terhibur.. kipidap bebeh.. :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Miss u tooooo kak Lia...thanks sudi baca hehe...

      Delete
  3. Wisely said :) Singgah follow sini ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks sudi follow...nanti kita follow back ye :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails